UtamaPerkhidmatanBlogTentangHubungi๐Ÿ“ž 013-921 4322
Utama / Perkhidmatan / Tukar Nama

Tukar Nama Meter TNB

Beli atau sewa rumah yang masih ada meter. Tukar nama tanpa tukar meter; tunggakan lama kekal pada penama lama.

Permohonan tukar nama dibuat apabila seseorang menyewa atau membeli rumah/premis yang masih ada meter, tetapi penama akaun bukan penyewa atau pembeli baru. Meter tidak ditukar dan boleh digunakan seperti biasa โ€” hanya nama dalam sistem TNB ditukar.

Siapa yang perlukan permohonan ini?

  • Pembeli rumah second-hand
  • Penyewa baru sesebuah premis
  • Pewaris harta / pertukaran pemilikan

Langkah permohonan

  1. Sediakan dokumen pemilikan. Kumpul bukti milik / sewa dan IC penama baru.
  2. Mohon tukar nama. Permohonan tukar nama dihantar ke TNB tanpa menukar meter fizikal.
  3. Bayar deposit baru. Penama baru bayar deposit meter; deposit lama dipulangkan kepada penama lama.
  4. Selesai. Akaun ditukar atas nama baru tanpa tunggakan dipindahkan.
Lulus dulu, baru bayar

Tunggakan lama (jika ada) kekal pada penama lama dan tidak dipindahkan kepada anda. Penama baru perlu bayar deposit meter; deposit lama dikembalikan kepada penama terdahulu.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan IC penama baru
  • Geran / S&P atau perjanjian sewa
  • Bil TNB terkini premis
  • Nombor akaun TNB sedia ada

Soalan lazim

Meter ditukar tak?

Tidak. Meter kekal sama, hanya nama akaun dalam sistem TNB ditukar.

Macam mana dengan tunggakan lama?

Tunggakan kekal pada penama lama. Anda mula dengan akaun bersih.

Tak pasti permohonan yang mana satu?

WhatsApp kami sekarang. Kami semak keadaan premis anda dan beritahu langkah seterusnya โ€” percuma, tiada ikatan.