UtamaPerkhidmatanBlogTentangHubungi๐Ÿ“ž 013-921 4322
Utama / Perkhidmatan / Meter Sedia Ada

Permohonan Meter TNB Sedia Ada

Premis yang pernah ada meter dan masih ada kabel TNB. Tiada cas CSP jika rumah ditinggal bawah 5 tahun.

Permohonan meter existing adalah untuk premis yang pernah mempunyai meter dan masih ada kabel hitam TNB. Jika rumah ditinggalkan kurang daripada 5 tahun, biasanya tiada cas sambungan (CSP) dan dalam sesetengah kes tidak perlu melalui kontraktor.

Siapa yang perlukan permohonan ini?

  • Rumah yang pernah berpenghuni dan ada meter sebelum ini
  • Premis dengan kabel TNB masih terpasang
  • Rumah yang ditinggalkan kurang 5 tahun

Langkah permohonan

  1. Semak status premis. Kami semak sama ada premis layak sebagai permohonan existing atau perlu permohonan baru.
  2. Sedia dokumen. Kumpul IC, bukti pemilikan dan maklumat akaun TNB lama (jika ada).
  3. Hantar permohonan. Permohonan dibuat untuk menyambung semula bekalan ke premis.
  4. Lulus & aktif. Selepas lulus, bekalan disambung semula dan meter aktif.
Lulus dulu, baru bayar

Untuk premis ditinggalkan bawah 5 tahun, biasanya tiada cas CSP. Jika melebihi tempoh atau meter telah ditanggal, ia mungkin dikira permohonan baru. WhatsApp kami untuk pengesahan.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan IC pemohon
  • Bukti pemilikan / sewaan premis
  • Nombor akaun TNB lama (jika ada)
  • Gambar meter & papan meter sedia ada

Soalan lazim

Apa beza existing dengan baru?

Existing untuk premis yang pernah ada meter. Baru untuk premis yang tidak pernah ada bekalan langsung.

Perlu bayar deposit?

Bergantung kepada status akaun lama. Kami maklumkan selepas semakan.

Tak pasti permohonan yang mana satu?

WhatsApp kami sekarang. Kami semak keadaan premis anda dan beritahu langkah seterusnya โ€” percuma, tiada ikatan.