UtamaPerkhidmatanBlogTentangHubungi📞 013-921 4322
Utama / Perkhidmatan / Permohonan Group Supply

Permohonan Group Supply (Berkumpulan)

Untuk premis lebih dari 1 unit — rumah sewa, taman perumahan atau projek. TNB rancang kabel & tiang ikut kelompok.

Permohonan group supply adalah permohonan secara kelompok. Jika premis melebihi 1 unit — seperti rumah sewa pelbagai unit atau taman perumahan — permohonan perlu dibuat secara berkumpulan supaya TNB boleh merancang saiz kabel, perjalanan kabel dan kedudukan tiang dengan betul.

Siapa yang perlukan permohonan ini?

  • Rumah sewa lebih dari 1 unit
  • Pemaju taman perumahan
  • Projek perumahan / komersial berbilang unit

Langkah permohonan

  1. Maklumat projek. Beritahu bilangan unit dan jenis bekalan diperlukan.
  2. Pelan & pecahan kos. Kami sediakan pelan permohonan dan pecahan harga setiap unit.
  3. Mohon secara kelompok. Permohonan berkumpulan dihantar ke TNB untuk perancangan infrastruktur.
  4. Pasang ikut fasa. Meter dipasang mengikut perancangan TNB.
Lulus dulu, baru bayar

Harga asas sama seperti permohonan baru, dengan pecahan harga mengikut unit. Permohonan kelompok membantu TNB merancang infrastruktur dengan lebih teratur.

Dokumen yang diperlukan

  • Maklumat pemaju / pemilik
  • Pelan susun atur unit
  • Pelan lokasi & tapak
  • Sijil pendawaian setiap unit

Soalan lazim

Bila perlu group supply?

Apabila premis melebihi 1 unit — rumah sewa berbilang unit, taman perumahan atau projek.

Harga berbeza dengan permohonan biasa?

Asasnya sama, cuma ada pecahan harga mengikut bilangan unit.

Tak pasti permohonan yang mana satu?

WhatsApp kami sekarang. Kami semak keadaan premis anda dan beritahu langkah seterusnya — percuma, tiada ikatan.