UtamaPerkhidmatanBlogTentangHubungi📞 013-921 4322
Utama / Blog / Mohon Online myTNB

Cara Mohon Meter TNB Online Menggunakan myTNB

Panduan mudah mohon meter elektrik TNB secara online melalui portal myTNB — untuk premis yang pernah ada meter dan layak mohon sendiri.

15 Jul 2021 · Panduan

Siapa yang boleh mohon online?

Permohonan online melalui portal myTNB hanya boleh dilakukan jika:

  • Premis pernah ada meter sebelum ini (existing)
  • Rekod account masih ada dalam sistem TNB
  • Meter terakhir ditinggalkan kurang dari 5 tahun
Penting

Permohonan online tidak boleh untuk premis baru yang tak pernah ada meter. Untuk permohonan baru, wajib melalui kontraktor. Lihat panduan meter baru →

Langkah-langkah mohon online

  1. Daftar akaun myTNB — layari mytnb.com.my dan daftar akaun baru jika belum ada.
  2. Pilih "Apply for Supply" — klik pada permohonan bekalan baru.
  3. Pilih jenis permohonan — pilih "Existing" atau "Move-In" mengikut keadaan premis.
  4. Isi maklumat premis — masukkan alamat, nombor akaun lama (jika ada), dan maklumat pemohon.
  5. Muat naik dokumen — IC pemohon, bukti pemilikan / sewaan, dan bil api jiran terdekat.
  6. Hantar & bayar — selepas lulus, bayar deposit dan duti setem melalui portal.

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan IC pemohon
  • Bukti pemilikan atau sewaan (geran, S&P, perjanjian sewa)
  • Nombor akaun TNB lama (jika ada)
  • Email dan nombor telefon aktif

Berapa lama proses?

Kebiasaannya 1–3 hari untuk permohonan existing online jika dokumen lengkap dan rekod masih dalam sistem TNB.

Tak pasti boleh mohon online?

Jika tidak pasti sama ada premis anda layak mohon online atau perlukan kontraktor, WhatsApp Bani Venture dan kami semak untuk anda — percuma.

WhatsApp Bani Venture — 013-921 4322

Artikel berkaitan

PanduanCara Masuk Meter Rumah LamaHarga & CajHarga Meter TNB 2026

Perlukan bantuan dengan permohonan meter TNB?

WhatsApp kami sekarang. Kami semak keadaan premis anda dan beritahu langkah seterusnya — percuma, tiada ikatan.